Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Friday, December 18, 2009

Selamat Datang



Setelah sekian lama, saya tidak menulis berbagai bagai informasi kerana terikat dengan waktu pembelajaran di sekolah dan juga peperiksaan Penilaian Menengah Rendah bagi tahun 2009.

Memang lega bila kita dah habis sesuatu yang tak nak kita hadapi. Contohnya peperiksaan PMR. Semua orang kalau boleh tidak mahu menjalani atau menghadapi peperiksaan ini kerana khuatir akan keputusan yang bakal diterima, namun apakah daya, itulah perjuangan yang harus dihadapi bagi sesorang insane yang bergelar pelajar sekolah menengah tahap 1.

Diperjelaskan di sini lagi, saya tidak hanya menumpukan blog ini kepada satu aspek yang khusus iaitu agama, namun saya ingin mempelbagaikan tajuk di ruangan blog ini. Antara pengetahuan yang sedikit dimiliki saya ialah mengenai dunia Teknologi Maklumat (IT World). Tetapi saya tidaklah sehebat orang yang mempunyai pelajaran di universiti universiti terkemuka di dunia. Khususnya Malaysia. InsyaAllah saya akan membantu sekiranya ada pertanyaan atau sebarang pertolongan yang ingin diminta. InsyaAllah dengan ilmu sedikit saya akan menjawab soalan anda berdasarkan pengetahuan/pengalaman saya.

Namun saya tidak akan berhenti dari meneruskan blogging secara berkonsepkan Agama (ISLAM). InsyaAllah dengan pertolongan Allah S.W.T saya dapat merealisasikan impian saya dengan membina satu blog bagi mencurahkan ilmu dan mendapatkan ilmu.

Bagi mereka yang ingin bertanya/memberi sebarang cadangan/komen bolehlah menghubungi saya di alamat emel iaitu arza2008@gmail.com.

Jadi kepada para pengikut/pemerhati/peneliti blog saya, diharapkan bersabra kerana saya sedang mengumpul bahan untuk disajikan kepada pembaca pembaca blog sekalian.

Saya akhiri dengan Assalamualaikum w.b.t

Salam dari Radhi(ARZA)

0 comments: